Friday 25 November 2011

Jom tadabbur kalam Allah




Assalamualaikum…  Saya baru saja berkecimpung dalam dunia blog ni…
Alhamdulillah,terwujudnya blog ni dgn izin Allah…berkat galakkan drp sorang kakak halaqat saya utk menyampaikan sesuatu yg bermanfaat utk Islam dan umat Islam sendiri..walaupun agk lambat saya post ni..rasa terpanggil jgk utk mengikuti seruan Nabi Junjungan kita,Muhammad s.a.w iaitu “sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat”.  Moga2 Allah mempermudahkan kita dlm mencari redha-Nya.



hidupkan hatimu dengan Al-Quran

Hari ni nak berkongsi sikit pasal satu ceramah yg saya pernah dengar dr program TV9 Tanyalah Ustaz disampaikan oleh Ust Ahmad Hasni. Beliau mengupas tajuk tentang tafsir surah Al-Kahfi, di mana surah ini sunat dibaca pada malam jumaat & hari jumaat. Tertarik dgn kata2 beliau tentang sifat2 org yg rugi & mu’min beruntung yg dipetik dr surah Al-Kahfi & Al-Mu’minun.

*      Antara Sifat2 orang yang rugi dicatatkan dlm surah Al-Kahfi ayat 103-106 yg berbunyi:

103. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang Yang paling rugi amal-amal perbuatannya?

104. (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".
TAFSIRNYA: iaitu orang-orang yang sia-sia perbuatannya dalam menghimpun kebaikan di dunia, mereka melakukan perbuatan yang bertentangan dengan perbuatan yang diredhai Allah dan mereka menyangka bahawa mereka telah berbuat yang sebaik-baiknya. Kemudian ternyata bahawa mereka telah berbuat keliru dan menempuh jalan yang sesat sehingga amal perbuatannya yang telah mereka kerjakan itu tidak memberi manfaat sedikitpun bagaikan debu yang berterbangan habis dihembus angin.

105. Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan dengannya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.
TAFSIRNYA: Mereka yang sia-sia usahanya itu ialah orang-orang yang kafir terhadap ayat-ayat Tuhannya dan kafir pula dengan hari kebangkitan di mana mereka akan dihadapkan kepada hari perjumpaan dengan Allah. Oleh kerana itu segala amal-amalnya akan dihapus, sehingga tidak ada amal kebaikan yang akan ditimbang di atas neraca timbangannya. Kerana yang akan memberatkan timbangan hanyalah amal saleh yang bersih dari kemusyrikan.

106. (Mereka Yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.
TAFSIRNYA: Balasan yang demikian itu iaitu neraka Jahanam diakibatkan kekafiran mereka kepada utusan-utusan Allah dan mukjizat-mukjizat yang dibawanya yang selalu mereka jadikan sebagai olok-olok. Mereka tidak memandang cukup dengan sekadar tidak percaya saja tetapi juga memperolok-olok dan menghinakan utusan-utusan Allah yang bererti pula menghinakan Allah yang mengutusnya.


*      Sifat2 orang mu’min yg beruntung menurut surah Al-Mu’minun:

1. Sungguh beruntung orang-orang yang beriman,
TAFSIRNYA: IMAN kepada ALLAH yang mencakup semua rukun-rukun iman yang 6. Dalam ayat ini Allah menjelaskan, bahawa sungguh beruntunglah orang-orang yang beriman, dan sebaliknya amat rugilah orang-orang kafir yang tidak beriman, kerana walaupun mereka menurut perhitungan banyak mengerjakan amal kebaikan, akan tetapi semua amalnya itu akan sia-sia saja di akhirat nanti, kerana tidak berlandaskan iman kepada-Nya.
2. Iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya,
TAFSIRNYA: Dalam ayat ini Allah SWT menjelaskan sifat yang kedua iaitu seorang mukmin yang berbahagia itu, jika solat benar-benar khusyuk dalam solatnya, fikirannya selalu mengingat Tuhan, dan memusatkan semua fikiran dan pancainderanya dan munajat kepada Allah SWT. Dia menyadari dan merasakan bahawa seorang yang solat itu benar-benar sedang berhadapan dengan Tuhannya, maka oleh kerana itu seluruh badan dan jiwanya diliputi kekhusyukan, kekhidmatan dan keikhlasan, diselingi dangan rasa takut dan diselubungi dengan penuh harapan kepada Tuhannya. Maka untuk dapat memenuhi syarat kekhusyukan dalam solatnya, harus memerhatikan tiga perkara.
a). Mengerti tentang bacaannya, supaya ucapan lidahnya dapat diikuti dengan pengertiannya, sesuai dgn ayat:

أفلا يتدبرون القرآن أم على قلوب أقفالها
Ertinya:
Maka apakah mereka tidak memerhatikan Alquran ataukah hati mereka terkunci?. (Q.S. Muhammad: 24)

b). Ingat kepada Allah dan takut kepada ancaman-Nya, sesuai dengan Firman-Nya:

وأقم الصلاة لذكري
Ertinya: Dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku. (Q.S. Taha: 14)

c). Solat bererti munajat kepada Allah, fikirannya dan perasaannya harus selalu mengingat dan jangan lengah atau lalai. Para Ulama berpendapat bahawa solat yang tidak khusyuk sama dengan tubuh yg tidak berjiwa. Akan tetapi ketiadaan khusyuk dalam solat tidak membatalkan solat, dan tidak wajib diulang lagi.


3. Dan orang yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia,
TAFSIRNYA: Menjauhkan diri dari setiap perbuatan atau perkataan yang tidak berguna.
Dalam ayat ini Allah SWT menjelaskan aifat yang ketiga, iaitu bahawa seorang mukmin yang bahagia itu ialah yang selalu menjaga waktu dan umurnya supaya jangan sia-sia. Sebagaimana dia khusyuk dalam solatnya, berpaling dari segala sesuatu kecuali dari Tuhan penciptanya, demikian pula ia berpaling dari segala perkataan yang tidak berguna bagi dirinya atau orang lain. Ia selalu menjauhkan diri dari penipuan, kezaliman, penghinaan kepada orang lain, korupsi, penyelewengan, menerima wang suapan, pemborosan, penyalahgunaan wang yang dirumuskan dengan H.W.T iaitu: Harta, Wanita, dan Takhta (kedudukan). Mereka yakin, bahawa seluruh ucapan dan perbuatannya dicatat oleh Malaikat yang akan diperlihatkan kepada mereka nanti pada hari kiamat, dan dijadikan bahan untuk mengadili mereka sendiri. Maka atas dasar perhitungan dan keyakinan itu mereka tidak mahu mengerjakan apa saja yang tidak berguna bagi dirinya sendiri, bahkan hanya menimbulkan kerugian dan penyesalan. Kekhusyukan dalam solat dapat berpengaruh kepadanya di luar solat iaitu dengan berakhlak mulia dalam pergaulan sehari-hari mengikuti akhlak para Nabi dan para siddiqin.

4. Dan orang yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat),
TAFSIRNYA: MENUNAIKAN ZAKAT WAJIB DAN DERMA YANG DIANJURKAN.
Dalam ayat ini Allah SWT menerangkan, bahawa sifat keempat dari orang mukmin yang berbahagia itu, ialah suka mengeluarkan zakat dan memberi derma yang dianjurkan, yang oleh mereka dipandang sebagai usaha untuk membersihkan harta dan dirinya dari sifat kikir, tamak serakah, hanya mengutamakan diri sendiri (egois), dan juga untuk meringankan penderitaan hamba-hamba Allah yang serba kekurangan, sesuai dengan firman-Nya:



5. Dan mereka yang menjaga kehormatannya,
TAFSIRNYA: MENJAGA KEMALUAN DARI PERBUATAN KEJI.
Dalam ayat ini Allah SWT menerangkan sifat kelima dari orang mukmin yang berbahagia iaitu suka menjaga kemaluannya dari setiap perbuatan keji seperti berzina, mengerjakan perbuatan kaum Lut (homoseksual), onani dan sebagainya. Bersenggama itu yang diperbolehkan oleh agama hanya dengan isteri yang telah dinikahi dengan sah atau dengan jariahnya yang diperoleh dari jihad fisabilillah, kerana dalam hal ini mereka tidak tercela.
Akan tetapi barang siapa yang berbuat, di luar yang tersebut itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dalam ayat ini dan yang sebelumnya Allah SWT menjelaskan bahawa kebahagiaan seorang hamba Allah itu tergantung kepada pemeliharaan kemaluannya dari berbagai penyalahgunaan supaya tidak termasuk orang yang tercela dan melampaui batas.
Maka menahan ajakan hawa nafsu, jauh lebih ringan daripada menderita akibat-akibat buruk dari perbuatan zina itu. Allah SWT telah memerintahkan Nabi-Nya supaya menyampaikan perintah itu kepada umatnya, agar mereka menahan pandangannya dengan memicingkan mata dan memelihara kemaluannya dengan firman:

قل للمؤمنين يغضوا من أبصارهم ويحفظوا فروجهم ذلك أزكى لهم إن الله خبير بما يصنعون
Ertinya:
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, "Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat". (Q.S. An Nur: 30)


8. Dan (sungguh beruntung) mereka yang menjaga amanah dan janjinya,
TAFSIRNYA: MEMELIHARA AMANAT-AMANAT YANG DIPIKULNYA DAN MENEPATI JANJINYA. Dalam ayat ini Allah SWT menerangkan sifat keenam dari orang mukmin yang beruntung, iaitu suka memelihara amanat-amanat yang dipikulnya, baik dari Allah SWT ataupun dari sesama manusia, iaitu bilamana kepada mereka dititipkan barang atau wang sebagai amanat yang harus disampaikan kepada orang lain, maka mereka benar-benar menyampaikan amanat itu sebagaimana mestinya, dan tidak berbuat khianat. Demikian pula bila mereka mengadakan perjanjian, memenuhinya dengan sempurna. Mereka menjauhkan diri dari sifat kemunafikan seperti tersebut dalam sebuah hadis yang masyhur. yang menyatakan, tanda orang munafik itu ada tiga, iaitu apabila berbicara suka berdusta, jika menjanjikan sesuatu suka menyalahi dan jika diberi amanat suka berkhianat.

9. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya,
TAFSIRNYA: MEMELIHARA SOLAT LIMA WAKTU. Dalam ayat ini Allah SWT menerangkan sifat yang ketujuh , iaitu orang mukmin yang berbahagia itu selalu memelihara dan memerhatikan solatnya yang lima waktu secara sempurna dalam waktunya yang telah ditentukan dengan memenuhi persyaratan dan sebab-sebabnya. Ayat ini tidak sama dengan ayat kedua di atas, sebab di sana disebutkan bahawa mereka khusyuk dalam solatnya, sedangkan di sini disebutkan bahawa mereka selalu memelihara solat dengan tertib dan teratur. Kelompok ayat-ayat ini dimulai dengan menyebutkan solat dan disudahi pula dengan menyebut solat, hal ini memberi pengertian betapa pentingnya solat yang telah di jadikan tiang agama. Barangsiapa yang mendirikan solat sungguh ia telah mendirikan agama dan barangsiapa yang meninggalkan solat, sungguh ia telah merobohkan agama.

10. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,

11. Yang akan mewarisi syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya.


Umar meriwayatkan sebuah hadis dimana Rasulullah saw bersabda di antaranya:

أنزل عليّ عشر آيات من أقامهن دخل الجنة (فقرأ) قد أفلح المؤمنون.
Ertinya:
Telah diturunkan kepadaku sepuluh ayat: Barangsiapa yang menegakkannya akan masuk surga" lalu ia membaca 10 ayat ini dari permulaan surah Al-Mukminun. (H.R. Tirmizi)

Di sini dapatlah disimpulkan bahawa ciri-ciri orang Mu’min yg disebut dalam kalam Allah surah Al-Mu’minun td harus dimiliki setiap orang Islam. Marilah kita sama2 berazam & beramal utk menjadi generasi pewaris syurga Allah. InsyaAllah..



Sumber:
1.  Tanyalah Ustaz,TV9.